بسم الله الرحمن الرحيم
ARI sebuah NGO untuk turun membantu lapangan masyarakat. Menjadikan tarbiyah sebagai satu medan untuk terus mentarbiyah disamping diri ditarbiyah. Penyusunan program bulanan untuk ahli ARI sejajar dengan matlamat yang ingin dicapai.
Oleh itu, ARI menawarkan khidmat pertolongan berdasarkan penubuhan ARI untuk sama-sama mewujudkan kembali pemuda yang terbaik. Kami tidak menjanjikan yang terbaik tetapi kami cuba untuk melakukan yang terbaik. Antara bantuan kami :
1) KEM SMART SOLAT , KEM SEDAR SOLAT , KEM JOM SOLAT
- Terbuka kepada masjid-masjid, Surau-surau, dan sekolah-sekolah.
2) KEM KEPIMPINAN
- Sekolah Rendah dan Menengah.
3) USRAH
- Menjadi naqib usrah di sekolah-sekolah.
- Cuba memantau perjalanan BADAR di setiap sekolah.
- Menjadikan pimpinan punyai nilai.
ARI tidak pernah meletakkan harga kerana ARI tertubuh di atas satu niat untuk membantu masyarakat. Sekiranya mahu memberi juga berilah pada ARI bukan pada individu. In Sha Allah akan di agih. Soal harga kami sebolehnya tidak akan letak melainkan untuk pengurusan program. Itu pun kebanyakkan pihak sekolah yang uruskan. Soal mahu memberi saguhati terpulang. Kami sudah terbiasa pergi kadang-kadang tidak dapat dan adakalanya dapat. Jadi tidak menjadi masalah. Keutamaan kami adalah Mad'u.
No comments:
Post a Comment