Kelmarin, Akademik Raudhatul Ilmiah telah mengadakan Program Bina Ukhuwah Siri 3. Pertemuan itu tidaklah mengharap nama dan pangkat. Walaupun duit poket setiap orang terpaksa di korbankan. Namun ikatan Ukhuwah mampu tidak mampu di beli. Itulah hasrat penubuhan ARI. Dalam gelak tawa, ada pesanan agama. Dalam bermuram durja, ada sahabat peneman setia. Penubuhan ARI bukan untuk penuhkan poket yang ada dan bukan juga untuk naikkan nama menjadi gah. Ia sekadar itu bersama teman setia yang menunjuk jalan ke syurga. Belajar dan terus belajar
(BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA US. NIZAM & US. SHUKRI)
Alhamdulillah, Pada 9 Mac 2013 hari sabtu. Pihak ARI dengan kerjasama guru-guru Maahad Tahfiz Al-Fityan telah mengadakan Usrah bersama Imam Masjid Guar Chempedak Al-Fadhil Ustaz Nizam. Usrah ini berlangsung selama 1 Jam 15 Minit di Dewan Maahad Tahfiz Al-Fityan.
(SUAPAN YANG MUNGKIN TIDAK DILUPAKAN)
Kemudian kami meneruskan Mesyuarat Pengurusan ARI kali ke-2. Setelah itu naik Ke Kem D' Fityan untuk bakar ayam. Sambil bergelak tawa di selang dengan senyum yang indah dari semua sahabat. Sambil berhibur tidak lupa berhalaqah sambil berusrah berbicara kehebatan yang Esa.
(ADIK-ADIK MEMILIH SENDIRI ABANG YANG MEREKA MAHU)
(10 MINI MASA BERSAMA ADIK. MEMBERI SUNTIKKAN SEMANGAT DAN
MENGHADIAHKAN AL-QURAN PADA MEREKA SORANG SATU.)
Selesai kami meneruskan perjalanan di RUMAH ANAK YATIM & MISKIN MUNIRAH. Alhamdulillah kebetulan kami hadir dengan 10 orang dan kebetulan adik2 ada 10 orang. Sorang satu la....
(BERTUKAR HADIAH)
Kami sempat membeli hadiah dan bertukar hadiah. Ia mungkin akan menjadi kenangan kami bersama. Biarpun hadiah itu nampak simple. Ia pasti akan sentiasa di ingati. Bukan untuk di lupai. Kenangan ini akan sentiasa abadi sepanjang hayat.
(KAMI HADIR DENGAN RASA SAYANG
KAMI PULANG DENGAN RASA RINDU)
Jam 6.30 petang selesai program dengan penyerahan Surat Perlantikan selama setahun. Kami pulan dengan satu perasaan yang gembira di campur dengan hiba. Sengaja untuk diwujudkan ARI di atas satu proses yang ingin mendidik kami terus berusaha mencari dan mencari. Kami akui dengan semangat bersama kami akan kuat. Mudahan medan ARI akan terus kekal menjadi medan latihan diri. Siapa yang masuk ia akan rasai nilai ukhuwah. Ini bukan sebuah consultant. Tapi ARI sebuah Badan untuk mencari pengalaman. Mencari Nilai dan mencari ketenangan.
Panduan kami adalah ustaz yang sentiasa aktif dalam dakwah. Tarbiyah kami pada diri. Praktikal kami pada adik-adik sekeliling kami. Bantuan kami untuk insan yang memerlukan. Kami muncul bukan di suruh. Kami hadir kerna terasa diri ini kurang. Kurang segalanya. Kami cuba dan terus cuba.
Kami doakan agar perjalanan kenduri Saudara kami Afifi berjalan dengan baik. Dan kami doakan Kesihatan Ikram beransur pulih. Dan juga kami doakan suatu hari Zul akan punyai masa bersama kami. Kami akui dengan ketidakhadiran kalian ada sebabnya....
Oleh : Bahagian Penerangan & Tarbiyah.